NADI X Awareness (KIS) - Taklimat Laman Web Berbahaya

7 Mei 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 7 Mei 2026, bermula pukul 3.00 petang, enam orang ahli NADI Pekan Machan telah menyertai Taklimat Kempen Internet Selamat yang bertajuk Laman Web Berbahaya.

Taklimat Laman Web Berbahaya untuk pelajar sekolah ialah satu sesi penerangan yang bertujuan memberi kesedaran kepada pelajar tentang risiko dan ancaman ketika melayari internet. Dalam taklimat ini, pelajar akan didedahkan kepada contoh laman web yang tidak selamat seperti laman penipuan, kandungan tidak sesuai, dan laman yang boleh mencuri maklumat peribadi.

Selain itu, pelajar juga diajar cara-cara untuk mengenal pasti laman web yang berbahaya serta langkah keselamatan yang perlu diambil semasa menggunakan internet, seperti tidak berkongsi kata laluan, tidak memuat turun fail yang mencurigakan, dan melaporkan sebarang aktiviti yang meragukan kepada guru dan ibu bapa. Tujuan utama taklimat ialah untuk memastikan internet dengan lebih bijak, selamat dan bertanggungjawab.

Berikut adalah gambar sepanjang kelas tersebut dijalankan:
Gambar 1 hingga Gambar 5 :  Gambar semasa taklimat berlangsung.

Kembali Ke Atas

kembali